top of page

MYDATA-SSM untuk semua

KUALA LUMPUR - Portal MYDATA-SSM yang diselenggarakan oleh Big Dataworks Sdn. Bhd. (BDW) merupakan penyedia perkhidmatan maklumat rasmi secara dalam talian bagi membolehkan pengguna mendapatkan data perniagaan sesebuah syarikat secara terus dan terkini. Ia merangkumi maklumat pendaftaran, kedudukan kewangan, pemilikan dan pelbagai butiran perniagaan. Pengguna perlu tahu untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa kes penipuan dengan melayari MYDATA-SSM dicapaian www.mydata-ssm.com.my.

Ketua Pegawai Eksekutif BDW, Sheriza Zakaria berkata, portal tersebut yang dilancarkan pada 2016 adalah sumber maklumat yang sah dari segi undang-undang bagi syarikat dan perniagaan yang ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia. Selain itu, BDW juga telah dilantik oleh SSM pada 25 Jun 2018 sebagai Penyedia Perkhidmatan Latihan untuk mengendalikan latihan sistem MBRS kepada pihak awam. Menurut Sheriza, ia bagi memudahkan serah simpan maklumat perniagaan secara digital berdasarkan format Bahasa Pelaporan Perniagaan eXtensible (XBRL) yang telah diiktiraf sebagai satu standard global. “Sehingga kini, pihak kami telah berjaya melatih lebih 500 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti korporat, syarikat milik kerajaan (GLC), setiausaha syarikat, juruaudit dan akauntan serta pihak berkepentingan terhadap penggunaan sistem MBRS".


BDW bersama-sama Scale Innovation ingin memperkenalkan enjin automasi sokongan bagi memudah cara penyediaan laporan yang dijana untuk sistem MBRS. Sumber : https://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mydata-ssm-8232-untuk-semua-1.946934#1_946934




Recent Posts
bottom of page