Contact Us
Our Address
Call Us

Tel: +60 3-2775 9339

Fax: +60 3-7781 2516

  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White Twitter Icon

© 2016 Big Dataworks Sdn. Bhd.  Proudly created with Wix.com

Please reload

Recent Posts

MYDATA SSM, JKPTG & MDI lancar portal Single Window Search e-Tanah

March 19, 2018

Sistem Carian Bersepadu e-Tanah dilancar. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah membangunkan sebuah Sistem Carian Bersepadu Single Window Search (SWS) melalui portal e-Tanah bagi memudahkan orang ramai melakukan carian semakan berkaitan proses pendaftaran hak milik hartanah.

 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sistem carian yang telah dibangunkan sejak 15 Mac lalu di Wilayah Persekutuan itu untuk memudahkan orang ramai mencari maklumat dalam satu tetingkap."SWS membolehkan orang ramai terutama penjual dan pembeli tanah menyemak daftar hakmilik tanah, semakan kebangkrapan serta semakan status syarikat secara dalam talian dengan mudah dan cepat.
SWS membolehkan orang ramai terutama penjual dan pembeli tanah menyemak daftar hakmilik tanah, semakan kebangkrapan serta semakan status syarikat secara dalam talian dengan mudah dan cepat.

 

 

Sebelum ini, pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWKL) menggunakan lapan prosedur carian namun, sistem terbaharu tersebut dapat dikurangkan kepada lima proses carian sahaja, “ katanya dalam sidang akbar selepas majlis pelancaran Sistem Carian Bersepadu SWS melalui e-Tanah, di sini hari ini. - Utusan Online

 

Perkhidmatan Carian Single Window (SWS) secara atas talian akan mula beroperasi di Portal e-Tanah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan.Pengguna hanya perlu ke laman web:www.ptgwp.gov.my/etanah-awam. Carian Maklumat Hakmilik Tanah, Carian Syarikat dan Carian Status Kebankrapan.

 

Please reload